Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Mac 23, 2011

Peta bentuk mukabumi lama yang mengandungi kisah-kisah yang digelapkan

OK. Sebelum kita masuk ke 3 artikel terakhir di dalam siri "Mencari jejak Merong" biar dipersembahkan satu artikel selingan yang mungkin ada kena-mengena...




Seringkali kita cuba menilai sejarah lama sesuatu tempat berdasarkan peta, sempadan dan bentuk mukabumi sekarang sedangkan hakikatnya pada zaman yang diperkatakan semuanya agak berlainan. Contoh paling mudah adalah di manakah ulu Melaka. Kalau melihat pada peta sekarang di mana Melaka cuma sebuah negeri kecil sahaja maka kita cuma akan melihat ulu Melaka dengan mencari hulu Sungai Melaka di dalam peta, sungai yang taklah sepanjang mana. Tetapi kalau kita faham Melaka itu pernah meliputi seluruh Semenanjung maka nampaklah kita kenapa ada tempat bernama ulu Melaka di Pulau Langkawi. Namun itu dari segi sempadan yang cuma ditentukan dari segi penaklukan dan penyerahan wilayah, bagaimana kalau berlaku perubahan bentuk mukabumi yang drastik tapi kita tak sedar misalnya Bukit Treh di Muar yang terletak 5 km dari kuala Sungai Muar kini dahulu pernah terletak di laut di mana kuala sungai ketika itu lebih ke pendalaman?

Tadi saya terjumpa peta Perak di dalam salah satu file gambar saya, ketika cuba mencari gambar-gambar Masjid Lama Bandar Taiping yang ada. Sebenarnya saya sedang mengatur bahan untuk siri "Mencari jejak Merong" akan datang. Baru tersedar tidak pernah membuat apa-apa posting tentang masjid itu di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) malah saya tidak dapat menemui apa-apa gambar yang menunjukkan dewan solat di dalam masjid walhal sudah banyak kali singgah dan bermalam di sana! Masyaallah. Begitulah yang terjadi kalau kita take things for granted, ambil sikap acuh tak acuh sahaja. Selama ini saya menyangkakan sudah memaparkan satu artikel khas untuk masjid tersebut tetapi ternyata tidak. Ketika cuba mencari gambar terjumpa peta Perak ini pula. Maka sebelum saya terlupa lagi biar diceritakan sesuatu tentangnya...

Adapun saya sudah beberapa kali terlihat peta-peta lama menunjukkan pernah wujud wilayah yang dipanggil Pulau Perak akibat Sungai Beruas ketika itu masih bersambung dengan Sungai Perak lalu wilayah-wilayah seperti Lumut, Manjung. Sitiawan, Lekir hingga ke Pasir Salak juga Beruas terletak di dalam pulau besar yang terbentuk akibat sungai yang bersambung itu. Tetapi bila nak cari peta-petanya tak jumpa pula. Nasib baik ada terjumpa yang di atas ini dan disalin ke dalam komputer. Yang menariknya peta ini menunjukkan keadaan mukabumi bukan beribu tahun lalu tetapi dalam sekitar 250 tahun sahaja sebelum sekarang. Dari segi ukuran geologi ini bukanlah masa yang begitu lama. Namun perubahan yang berlaku menyebabkan banyak sejarah yang digelapkan... antaranya adalah asal-usul giliran takhta 3 keluarga diraja Perak.

Dalam artikel Jalan semakin terang : Kaitan sebenar kerabat diraja Aceh-Bugis dalam pemerintahan Perak... yang dibuat lebih setahun lalu dan Siri peperangan Aceh dan Bugis di Perak, bukti satu hakikat yang tersembunyi? yang dibuat 5 bulan kemudian saya telah menerangkan sedikit-sebanyak bagaimana Perak boleh diperintah oleh 3 keluarga - satu berketurunan diraja Aceh, satu berketurunan diraja Bugis dan satu berketurunan diraja Melaka. Tetapi cerita ini digelapkan untuk menerbitkan 3 keluarga diraja yang ada sekarang. Saya tidak mahu memanjangkan ini lagi. Sila baca kembali artikel-artikel lama tersebut. Saya cuma ingin membuat satu pembetulan sahaja terhadap fakta yang telah dikemukakan di situ. Berdasarkan kajian terbaru beberapa orang waris, Daeng Selili bukanlah raja besar Bugis yang dipanggil La Madukelleng. Sebaliknya Nakhoda Hitam yang menjadi Laksamana Raja Mahkota pertama Perak itulah La Madukelleng dan Daeng Selili adalah pengikutnya.

OK. Saya rasa cukuplah ditambah, tahun 1752 yang merujuk pada peta Pulau Perak di atas adalah zaman di mana pemerintahan 3 keluarga diraja yang asal mula terbentuk sebagai satu kompromi untuk mengelakkan persengketaan yang berterusan lagi merugikan dalam perebutan takhta kerajaan. Saya pernah diberitahu Perak sebenarnya telah dibahagi 3 untuk 3 keluarga itu memerintah sementara takhta seluruh Perak digilirkan antara wakil dari setiap keluarga dan salah satu wilayah yang diperintah satu keluarga adalah Pulau Perak. Cukup cerita...

Di bawah pula adalah satu peta lama dari Muzium Arkeologi di Merbok, Kedah. Lihat artikel Tinggalan arkeologi di Merbok (Archeological remains in Merbok). Ia merujuk kepada satu laluan darat untuk kapal yang dikenali sebagai Jalan Penarikan. Lihat artikel lama Kembara terbaru ke Pantai Timur... Sesi dibuka dengan menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan! dan Sambungan cerita "Menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan!"... Menyusuri juga makna sebuah mimpi lebih 10 tahun lalu dan kehadiran hantu Siam?. Ia adalah satu laluan yang dapat menyambungkan Sungai Muar dengan Sungai Pahang untuk membenarkan kapal dari Selat Melaka masuk ke Laut Cina Selatan tanpa perlu turun lebih selatan hingga ke Singapura. Cuma pada satu bahagian kapal perlu ditarik di atas darat sejauh kira-kira 300 meter sebelum masuk ke air balik maka terbitlah nama Jalan Penarikan.

Namun peta yang ada di bawah ini menunjukkan pada tahun 1596 Masihi Sungai Muar bercantum terus dengan Sungai Pahang hingga memotong selatan Semenanjung menjadi pulau yang agak besar mengandungi sebahagian besar Johor sekarang sebahagian Negeri Sembilan dan sebahagian Pahang. Nah, semasa menulis ayat tadi pun cicak telah berbunyi seperti mengiyakan sedangkan perkara ini sudah diberitahu kepada saya semasa zaman remaja lagi oleh beberapa orang. Dalam keadaan ini tentunya Sungai Muar dan Sungai Pahang berkongsi hulu dan punca di beberapa bahagian. Dalam keadaan ini hulu Sungai Muar turut merujuk kepada hulu Sungai Jelai yang pernah menjadi pusat pemerintahan satu kerabat diraja yang dipanggil Maharaja Perba Jelai (sekarang sudah dijadikan jawatan orang besar Istana Pahang) di mana Sungai Jelai berpunca di sekitar Cameron Highlands. Satu lagi punca atau adalah di hulu Sungai Tembeling yang membawa ke sekitar Gunung Tahan.

Berdasarkan mukabumi sekarang ulu Sungai Muar terletak di pendalaman Negeri Sembilan sekitar Terachi, tidak jauh dari Seri Menanti dan memang pun semasa Raja Melewar datang dari kerajaan Minangkabau Pagar Ruyung untuk menjadi Yamtuan pertama Negeri Sembilan baginda bertemu dengan Penghulu Ulu Muar di sekitar itu (nama Ulu Muar sudah cuba dihilangkan dengan menyatakan Penghulu Ulu Muar sebagai Penghulu Seri Menanti). Tetapi itu penghujung abad ke 18 Masihi di mana kemungkinan besar mukabumi sudah hampir serupa sekarang. Bagaimana pada zaman Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Malim Deman yang saya percaya berlaku sekurang-kurang 700 tahun lalu. Hulu Muar manakah yang dilawati Malim Dewan sehingga boleh bertemu dengan Puteri Bongsu dari kayangan?




7 ulasan:

eddy632 berkata...

wahhh....!!!!
chersonese aurea....
the golden peninsular....
semenanjung emas....

Tanpa Nama berkata...

salam

memang benar sebahagian perak dahulunye ditelenggelami air laut, cube rujuk muke bumi, dimana pasir bergitu byk seakan pasir dilaut

dari segi sains, pasir menunjukkan kaw, tersebut rendah dekat dgn hakisan yakni air

Tanpa Nama berkata...

salam, nak bagitahu, ada orang tua2 cerita tempat tuanku malim deman jumpa dengan puteri bongsu, adlah di pengkalan kota, bukit kepong muar johor.tempat ini dulu merupakan bekas tapak istana raja2 temenggong muar.


Waris Bendahara Johor Lama.

Tanpa Nama berkata...

cerita pasal blog Raja Ahmad Nasir tu... Isyk, nak tanya pun, pasal isu sensitif... Tapi rasa macam nak tau jugak.

Raj Ahmad Nasir cakap pemerintah Perak sekarang ni langsung bukan berdarah kerabat, & nama sebenarnya Atan. Apa pandangan Tuan? & sekarang ni pun sistem takhta Perak pun dah tak ikut giliran lagi dah...

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Yep memang Pengkalan Kota tu tempat Raja Temenggung Muar. Tapi untuk mengatakan di situlah tempat Malim Deman bertemu Puteri Bongsu pun tak pasti. Kalau tak salah ingatan orang Segamat pula ada cakap ulu Muar dalam Hikayat Malim Deman tu tempat diaorang. Tapi pada saya mungkin lebih jauh. Sebab dalam hikayat tu cerita Malim Deman nak sampai ke hulu tu berbulan-bulan lamanya, Sampai pengiringnya semua mati tinggal baginda seorang. Kalau setakat nak sampai ke Pengkalan Kota atau Segamat takkan teruk macam tu?

Bab Raja Ahmad Nasir cakap tu ada kebenarannya. Tapi jangan disebabkan dia benar dalam satu perkara maka dia benar dalam perkara lain, misalnya tuntutan takhta. Sistem giliran takhta Perak memang dah lama berterabur. Banyak lagi waris lain yang lebih afdhal jadi raja tapi dah lama keluar dari istana.

kuzairi berkata...

menarik citernya ni

kuzairi berkata...

kalau ikut citer orang lama2, dulu ada sungai di dari bruas ke air tawar dan terdapat sebuah pulau, iaitu pulau manis, tapi sekarang dah tak ada cuma kalau kita mememandu dr air tawar ke bruas kita akan melalui kawasan itu dan terasa beralun diatas jalan itu