Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Julai 26, 2012

Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Pesantren Abah Anom dan makam Sheikh Abdul Muhyi Pamijahan

Alhamdulillah. Malam ini malam Jumaat sudah masuk 7 Ramadhan. Kita sambung cerita daripada artikel Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Pusing-pusing Bandung sebelum keluar ke tenggara.


Pagi Khamis 10 Mei 2012 saya meninjau-ninjau keadaan di sekitar pesantren atau sekolah agama tradisional di Suryalaya.


Malam sebelumnya kami diberi penginapan elok, sebuah rumah bungalow di dalam pesantren yang sangat terkenal di merata Asia Tenggara ini.


Ia adalah pusat pengajian Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiah yang kalau tak salah terbesar di Pulau Jawa, mungkin di seluruh Indonesia. Nama pemimpinnya Sheikh Tajul Ariffin yang lebih dikenali sebagai Abah Anom sering meniti di bibir ramai peminat tariqat dan ilmu kebatinan sebagai seorang wali keramat zaman moden. Kelihatan di kiri poster gambar Abah Anom, di kanan masjid sini. Lihat artikel Masjid Jami (Main mosque of) Nurul Asror, Suryalaya di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Sayangnya Abah Anom telah meninggal dunia tahun lalu. Beliau dimakamkan dalam bangunan atas bukit di samping makam ayahnya, pengasas pesantren Suryalaya. Lihat artikel Makam (Tomb of) Sheikh Abdullah Mubarok.


Saya mula mengenali nama Abah Anom kira-kira 10 tahun lalu. Penulis buku politk terkenal S.H. (Syed Hussein) Alattas memberitahu saya beliau pernah berguru dengannya di pesantren ini. Kemudian saya terjumpa ramai orang yang mengaku pernah mengambil baiah dan berguru dengan Abah Anom sehingga ada yang memberitahu, jika saya pergi ke Pulau Jawa dan lalu sekitar ini maka singgahlah untuk sekurang-kurangnya mengambil berkat. Di atas adalah pemandangan dari bangunan makam. Lihat artikel A look at the Suryalaya pesantren from its hill peak di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Gambar Abah Anom yang meninggal dunia pada usia 96 tahun. Memang namanya sering diangkat-angkat sebagai seorang yang keramat dan sakti. Cuma saya ada sedikit sangsi kerana mendapati sejumlah anak murid beliau suka bermain-main ilmu kebatinan, suka menguji, menilik isi hati dan fikiran orang mencari kelemahan dan suka membuat pujuk rayu dengan cara ghaib untuk mempengaruhi lawan dan kawan. Saya dapati walaupun mereka mengaku mengambil jalan tariqat demi keredhaan Allah Ta'ala, kelihatan pada pandangan saya mereka sebenarnya mencari kebesaran dunia, kekuasaan, kemasyhuran dan harta benda.


Mungkin Abah Anom sendiri tidak mengajar mereka menjadi begitu. Tetapi apabila mendapat ilmu yang boleh membuka hijab melihat perkara-perkara yang tidak dapat dilihat manusia biasa, seringkali kita boleh tewas dengan dugaan melalui bisikan syaitan dan nafsu sendiri agar menggunakan kelebihan yang ada untuk memenangkan diri sendiri sehingga melupakan kebenaran lalu menyebarkan kepalsuan. Kelihatan dalam gambar isteri dan anak-anak sudah bersedia untuk meninggalkan pesantren.


Selepas membawa mereka naik bukit menziarahi makam (awal pagi saya pergi seorang diri) kami pun mendapatkan van untuk ke jalan besar.


Di sinilah kami turun dari Bandung malam sebelumnya.


Kami mendapatkan bas serupa iaitu dari Bandung untuk ke bandar Tasikmalaya.


Namun kami turun di terminal bas luar bandar. Ini kerana tujuan utama kami selepas ini ialah pergi ke tempat bernama Pamijahan dan kami diberitahu boleh dapatkan bas di sini.


Apabila kami turun dan bas tadi telah meninggalkan kami baru orang di terminal pula memberitahu tidak ada bas terus ke Pamijahan sebaliknya yang ada menuju ke sebuah pekan berdekatan. Dari sana baru boleh mendapatkan kenderaan sambungan kata mereka...

Setelah lebih 2 jam berjalan kami pun sampai ke pekan yang saya sudah lupa nama. Di  situ, kami diberitahu tidak ada bas mahupun van ke Pamijahan yang terletak sekitar 8 km dari sini.


Kami mula rasa tertipu. Bayangkan semasa turun bas dari Suryalaya tadi terus barangan kami diangkut orang terminal masuk dalam bas yang katanya pergi ke pekan terdekat dari Pamijahan. Kami yang tidak tahu kedudukan dan arah nampaknya tidak ada pilihan. Terpaksa naik ojek atau membonceng motosikal dengan kos yang agak mahal.

Sampai di Pamijahan kami makan di sebuah kedai di mana kami dibenarkan menumpangkan beg dan barangan buat sementara. Dari pemilik kedai baru kami tahu memang ada bas terus dari Tasikmalaya ke Pamijahan. Tapi tu le masalahnya di Indonesia ni. Kalau tak berhati-hati dan tidak tahu arah kami boleh ditipu agar menaiki kenderaan ke tempat lain. Yang penting pemandu, penjual tiket dan mereka yang bekerjasama mendapat ongkosnya. Kita pula yang kena pandai-pandai hidup cari balik arah.


Dalam marah-marah rasa tertipu itu isteri mengingatkan - agaknya inilah dugaan kerana kami ke Pamijahan untuk menziarahi makam seorang wali besar.


Pekan itu terletak di lereng bukit. Untuk sampai ke makam perlu berjalan agak jauh mendaki lebih tinggi, nampak pula satu masjid kecil. Lihat Masjid Jamie (Main mosque of) Kaca Kaca, Pamijahan.


Bila dah jalan jauh tu baru tahu ada makam-makam lain...


Namun makam utamanya terletak di satu jalan keluar kanan dari jalan utama...


Kena naik bukit yang agak curam.


Inilah makam orang yang dikenali sebagai Sheikh Abdul Muhyi Pamijahan.


Hidup sekitar 2 abad selepas zaman para Wali Songo beliau pernah berguru dengan Sheikh Abdul Rauf Singkel di Aceh kemudian muncul menjadi seorang wali besar di Pulau Jawa, mungkin paling utama di zamannya. Lihat Makam (Tomb of) Sheikh Abdul Muhyi Pamijahan. Bersambung dengan bangunan makam adalah sebuah masjid kecil. Lihat Masjid sebelah makam Sheikh Muhyi (Mosque besides the tomb of Sheikh Muhyi).


Puas menziarahi makam kami kembali ke jalan utama lalu mendaki lebih tinggi sampai ke penghujung jalan. Di sini ada sebuah gua keramat yang katanya bersambung sampai ke Mekah dan Baghdad. Katanya beberapa orang ahli sufi termasuk Sheikh Muhyi mencapai taraf kewalian selepas bertapa dalam gua. Lihat The sacred cave called Goa Safawardi.


Kalau ikutkan mahu sahaja kami bermalam di makam... boleh duduk lama menjelajah gua. Memang pun ramai orang bermalam di sini, ada di rumah penginapan, ada di sekitar makam dan masjid kecilnya. Tetapi perjalanan kami masih jauh sedangkan tinggal 4 hari lagi sahaja sebelum kami harus menaiki pesawat dari Surabaya meninggalkan Pulau Jawa untuk kembali ke Malaysia. Kami pun berkejar ke bawah dengan harapan dapat naik bas terus ke Tasikmalaya (perjalanan ke Pamijahan ini sebenarnya menghala ke barat-daya, harus kembali ke Tasik sebelum boleh terus ke timur menyambung perjalanan jauh pusing pulau). Dah sampai bawah baru tahu tiada bas petang. Terpaksalah naik ojek ke pekan di mana kami turun dari bas tadi... itupun pemandu cuba menekan harga yang tidak munasabah atas alasan sudah hampir malam. Mengamuk saya sebentar sebelum mereka bersetuju memberikan harga kurang.


Sampai ke Tasikmalaya kami terus mendapatkan van ke stesyen kereta api. Fikir saya mahu mendapatkan kereta api ke Banyumas di Jawa Tengah. Tetapi saya diberitahu tidak ada kereta api lalu. Dan penjual tiket pula tidak tahu apakah stesyen terdekat ke situ...


Saya diberitahu kalau mahu boleh cuba dapatkan bas tetapi tidak tahu bertolak jam berapa, tak pasti jika masih ada, maklumlah kami sampai ke stesyen pun sudah lewat malam. Nak dapatkan bas pula kena dapatkan kenderaan ke terminal terdekat. Allah! Satu lagi hal malam-malam buta. Dalam pada itu saya ternampak kedai makan di hadapan stesyen menjual mee Aceh lalu membawa anak-anak dan isteri makan di sana. Itulah kedai ada menjual mee Aceh yang pertama kami temui selepas 10 hari berpusing di Pulau Jawa. Rupa-rupanya pemilik kedai adalah orang Aceh yang sudah lama duduk di sini dan berkahwin wanita tempatan.

Cerita punya cerita beliau memberitahu ada mengamalkan tariqat dan pernah mengaji dengan Abah Anom. Apabila mendengar cerita kami berjalan pusing Pulau Jawa singgah di Suryalaya sebelum ke Pamijahan dan kini mahu menuju ke Banyumas beliau menjemput kami bermalam di kedai. Kata beliau rehatlah dahulu, esok pagi baru sambung berjalan. Maka bermalamlah kami menghadap gambar Abah Anom juga lukisan wajah yang dikatakan milik pengasas tariqat Qadiriyah, Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir Jalani. Adapun malam itu malam Jumaat sepertimana artikel ini juga ditulis malam Jumaat. Cuma ketika itu tarikhnya 19 Jamadil Akhir (saya semak kalendar tadi), sekarang 7 Ramadhan...



3 ulasan:

Awang berkata...

Sungguh seronok baca lawatan ke Suryalaya...Bapa saya salah seorang muridnya Abah Anom sekitar 1985 dahulu...Syukur Alhamdulillah, sehingga kini tidak menyimpang dari landasan asal Abah Anom. Dengan pengalaman hamper 30tahun dalam bidang tersebut,Alhamdulillah banyak membantu individu-individu dalam kesusahan.

Tegak perkasa berkata...

Alhamdullilah Anta telah dapat ziarah Makam Abah Anom dan Abah Sepuh. Mengenai Murid yang nakal tu, Abah Anom tidak pernah mengajar ilmu kebatinan. Siapa yang telah berbait dengan Abah Anom insyallah telah ditutup hijabnya supaya dia hanya beribadah kepada Allah. Yang Dapat buka hijab ??? kemungkinan mempelajari ilmu selain TQN Pondok Pesantren Suryalaya. Saya telah berguru dengan Abah dari tahun 1987 dan beliau berpesan jangan asyik dengan kebatinan , Ibadah Sahaja. tujuan utama adalah ibadah kepada Allah .

Nureezal berkata...

Ilahi anta maksudi wa ridhaka mathlubi athini mahabataka walmakrifataka..Itu adalah asas ajaran Abah Anom..tiada lain...jikalau yang asyik dengan kebatinan dan kesaktian itu hanyalah anak murid jadi2an...yg mengaku sebagai anak murid dan syok sendiri..maaf...mohon jangan dipukul rata ya..