Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Oktober 10, 2012

Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Cabaran laluan Gua Musang ke Tasik Kenyir

Assalamualaikum semua. Tepat seminggu lepas saya ada membuat artikel bertajuk Perjalanan terbaru - Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan untuk memberi sedikit gambaran satu perjalanan bermotosikal besar yang baru sahaja tamat awal pagi Selasa minggu lepas. Malam ini saya rasa sesuailah jika dimulakan cerita... :]


Pagi Khamis 27 September 2012. Selepas menyelesaikan beberapa perkara termasuk membasuh motosikal besar kesayangan saya pun bersedia untuk keluar lagi mengembara.


Kali ini saya mahu menuju ke Pantai Timur. Saya mahu mengambil satu laluan baru yang belum pernah ditempohi, laluan dari Gua Musang, Kelantan ke Tasik Kenyir di Terengganu, tasik buatan manusia yang terbesar di Malaysia, mungkin di Asia Tenggara. Ambil gambar meter dahulu untuk rekod. Ini kerana punat meter bawah telah lama tanggal dan hilang. Saya tak boleh reset meter jadikan kosong...


Kali ini juga saya berjalan bersama seorang kawan, Zaidi @ Perpatih Tulus yang baru membeli sebuah motosikal sederhana besar beberapa bulan lalu. Kawasaki Ninja 250cc. Kami berjanji akan berjumpa di sebelah bangunan tol Gombak jam 10.30. Saya terlewat 25 minit sebenarnya kerana panggilan 'deposit bank', hehe. Saya datang sekitar 40 km dari arah barat-laut dia pula dari jarak lebih kurang tetapi di selatan iaitu berdekatan bandar lama Bangi. 


Dengan itu kami pun meluncur laju melepasi Lebuh Raya Karak sebelum berhenti mengambil gambar di Bentong. Menurut Zaidi beliau belum pernah sampai ke sini malah mana-mana tempat dalam laluan yang bakal dilalui hari itu. Jawab saya ini adalah laluan biasa bas atau mana-mana kenderaaan ke Kelantan.


Kami berhenti lagi apabila terlihat Gunung Benom dalam perjalanan. Sebenarnya saya yang suruh Zaidi berhenti untuk melihat. Entah mengapa saya memang suka pemandangan gunung ini yang sememangnya terasing daripada mana-mana banjaran. Untuk pengetahuan ketinggiannya adalah 6,914 kaki dari paras laut, kurang 272 kaki sahaja daripada Gunung Tahan, gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia. Teringat sejurus selepas Nenek, ibu kepada ayah saya kembali ke rahmatullah tahun 2002 saya, dua orang sepupu dan seorang bapa saudara pergi menaiki lereng Gunung Benom dengan motosikal masuk jalan balak sehingga ke satu bahagian yang agak tinggi untuk mandi-manda di air terjun yang bernama Lata Berembun. Teruk juga le nak naik tu pakai motosikal besar. Bila turun pula beberapa kali tergelincir, hampir jatuh sehingga saya terpaksa meminta sepupu yang membonceng di belakang melompat turun agar saya dapat mengawal motosikal...


Perhentian seterusnya ialah di bandar Raub. Saya memang biasa sangat dengan tempat ini kerana 5 km dari bandarlah terletak rumah almarhum Nenek yang dibina oleh suaminya, orang yang saya panggil Tok Chat selepas mereka meninggalkan kampung halaman asal di Teluk Intan, Perak sekitar 60 tahun lalu.


Di sini saya dapati kami dapat menepati rancangan asal iaitu sampai jam 12 untuk menikmati hidangan istimewa daerah Raub, ikan keli gulai asam rong.


Selesai makan kami menghala ke Kuala Lipis lalu singgah di Dong melihat masjid tepi sungai yang kelihatan seperti castle ini.


Persinggahan seterusnya adalah di Jeram Besu, satu tempat yang agak terkenal bagi peminat sukan white water river rafting. Saya tak tahu bahasa Melayunya apa. Kalau kata berakit, orang pakai bot getah. Cari sendirilah. Di sini baru saya mengambil banyak gambar kerana belum pernah mengenengahkannya dalam mana-mana tulisan saya sebelum ini. Lihat artikel A look at Jeram Besu blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Keluar dalam 200 meter dari Jeram Besu saya berhenti untuk mengambil gambar meter lagi. Ini kerana nombor yang tertera ada makna tersendiri buat saya, ada faktor 313 juga 131. Untuk memahami sedikit apa yang dimaksudkan boleh lihat artikel lama Buku Inggeris Ahlul Bait Raja-raja Melayu dan faktor 131 juga 313.


Sampai di Kuala Lipis kami berhenti di stesyen kereta api. Sudah disebut bukan Zaidi memberitahu tidak pernah mengambil laluan Bentong menghala ke Kelantan. Maka saya tunjukkan beberapa tempat yang saya sendiri sudah pergi sekurang-kurangnya berbelas kali.


Disebabkan saya sudah pergi banyak kali tak perlulah dipanjangkan cerita atau diletakkan banyak gambar ya. Hmm. Teringat bagaimana sekitar 10 tahun lalu saya mahu bermalam di masjid ini, dalam satu pengembaraan yang belum pasti tujuan. Tetapi Allah menggerakkan saya untuk meneruskan perjalanan sampai ke makam Tok Kenali pula. Lihat artikel lama Sedikit cerita berkaitan Tok Kenali.


Tentang beberapa tempat yang ada dipaparkan anda boleh cari sendiri dalam artikel-artikel lama saya yang lain.


Ketika menyambung perjalanan ke Gua Musang kelihatan sebuah gunung tinggi yang saya rasa adalah Gunung Tahan. Saya tak pasti sebenarnya jika ia memang Gunung Tahan. Yang pasti ia kelihatan paling tinggi di sebelah timur, pada kedudukan yang menurut jangkaan saya cocok dengan apa yang boleh dilihat dalam peta. Saya pun menunjukkan pada Zaidi. Selepas itu baru dia memberitahu pernah mendaki Gunung Tahan hingga ke puncak semasa menuntut di universiti sekitar 15 tahun lalu. Katanya dia mengikut rombongan universiti masuk melalui Merapoh.

Kebetulan sebelum sampai ke Gua Musang kami harus melalui Merapoh. Kalau begitu Zaidi sebenarnya pernah sampai ke Bentong, Raub dan Kuala Lipis, cuma tak singgah turun sahaja kerana kenderaan cuma boleh sampai ke Merapoh melalui satu jaluran jalan dari arah selatan. Zaidi mengiyakan sahaja kerana dia tak ingat. Yang dia ingat bas membawa mereka terus ke Merapoh masuk ke pinggir hutan sebelum mereka berjalan kaki meredah bukit bukau dan sejumlah gunung lain untuk memulakan pendakian. Kemudian keluar dari arah Taman Negara iaitu berhampiran Jerantut, Pahang.


Ini pula gambar di sebelah Sungai Galas menghadap satu kawasan gua yang menarik di Gua Musang.


Ia dipanggil Gua Madu. Isteri saya ada mengingatkan kalau lalu di Gua Musang bawa le Zaidi ke sini. Kami minum petang kemudian bersolat di sebuah surau dalam gua sebelum memanjat tangga-tangga besi untuk mencapai gua-gua di bahagian atas. Kelihatan Zaidi memandang ke bawah sambil melawan rasa gayat. Saya menyuruhnya melawan rasa itu. Kata saya dahulu pun saya selalu gayat, asal naik bangunan tinggi dan memandang ke bawah je rasa seperti ditarik graviti mahu jatuh ke bawah. 

Namun saya berdegil dan melawan. Pada umur 12 tahun saya pernah beberapa kali mendaki tangga menaiki 12 tingkat Bangunan UMNO Pagoh yang merupakan bangunan tertinggi di Muar kemudian memberanikan diri berdiri di atas tepian bumbung teratas melihat ke bawah. Lama-lama gayat pun hilang. Tapi jadi satu perangai pula, sampai masuk ke kolej saya suka memanjat-manjat bangunan. Saya selalu masuk ke bilik asrama yang berkunci dari bilik lain melalui tingkap luar dari tingkat 4 ke atas, sahaja untuk suka-suka. Malah semasa menuntut di London pun saya beberapa kali pernah berjalan-jalan seorang diri meniti tembok atas bumbung bangunan universiti 4-5 tingkat.


Dari Gua Muda kami masuk ke pekan Gua Musang untuk mengambil gambar di hadapan stesyen kereta api. Ternyata stesyen ini telah ditinggalkan untuk memberi ruang kepada sebuah stesyen baru. Oh. Biar diberitahu kami sampai di Gua Musang ni dah lari budget.  Ikut rancangan asal kami harus sampai paling lewat pun jam 3 petang. Sebaliknya gambar ini diambil hampir 5.30 sedangkan cabaran utama kami hari itu adalah untuk mengambil jalan dari Gua Musang keluar di Tasik Kenyir, Terengganu sebelum melawat beberapa buah makam di sekitar Kuala Berang. 

Ia adalah jalan yang saya belum pernah lalu sebelum ini, jalan yang saya tahu mula wujud sekitar setahun lalu. Semakan melalui Google Map menunjukkan jarak Gua Musang-Kuala Berang adalah 187 km dan dianggarkan memakan masa 3 jam. Logiknya kalau bertolak dari Gua Musang jam 3 kami ada masa untuk menikmati pemandangan dari beberapa tempat di sekitar Tasik Kenyir kemudian berpusing-pusing di Kuala Berang sebelum hari gelap. Sebelum ini saya cuma pernah melihatnya dari arah Kuala Terengganu dan Kuala Berang iaitu di Pengkalan Gawi dan empangan di hulu Sungai Terengganu.  




Selepas menghala ke Kuala Krai buat beberapa ketika kami terjumpa simpang masuk menghala ke Tasik Kenyir. Walaupun sampai selepas 5.45 petang saya fikir kami masih sempat untuk sekurang-kurangnya menikmati pemandangan indah tasik waktu siang.



Saya fikir jarak 109 km yang disebut papan tanda boleh dilangkaui dalam tempoh sejam. Walaupun kemudian hujan turun lebat saya merasakan sasaran meliputi jarak dalam tempoh tersebut masih boleh dicapai. Kelihatan dalam gambar kami memakai baju hujan setelah cuaca ternyata berubah.


Apa yang kami tidak jangkakan adalah keadaan jalan kemudian. Bayangkan tengah laju-laju bawak dalam hujan tiba-tiba burrrr... habis jalan tar, masuk jalan kasar berbatu-batan. Berapa laju motosikal boleh pergi dalam keadaan ini? Kemudian masuk pula jalan tanah merah berselut licin, siap jumpa jambatan tak siap lagi. Allah! Apa hal?


Tengok ni. Sampai kena lalu masuk lumpur bawah jambatan untuk menyeberangi sungai. Pada ketika inilah kami mula akur tidak akan dapat betul-betul menikmati pemandangan Tasik Kenyir waktu siang untuk hari itu...


Rupa-rupanya jalan raya Gua Musang ke Tasik Kenyir cuma separuh siap. Kami perlu melalui hampir 30 km jalan Felda yang pecah-pecah berlubang dan sebagainya sebelum dapat bertemu kembali jalan elok cantik. Lihat The road to Tasik Kenyir from Gua Musang.


Kalau ikut rancangan asal kami bukan sahaja harus sempat menikmati pemandangan siang Tasik Kenyir dari beberapa sudut kemudian menziarahi makam-makam lama sekitar Kuala Berang. Kami juga dapat menziarahi makam Tok Pulau Manis 25 km dari Kuala Terengganu sebelum bermalam di Masjid Tok Ku Paloh berdekatan ibu negeri itu. Ini tak. Kami cuma dapat melihat bayang-bayang tasik. Walaupun masih ada kemampuan untuk meneruskan perjalanan ke KT apalah gunanya terkejar-kejar lagi? Buat apa penat-penat mengambil jalan yang mencabar ini jika tidak dapat menikmati pemandangan sekitar pada siang hari?


Nasib baik kami terjumpa sebuah tempat rehat. Di sekitar inilah kami bermalam, dalam kawasan hutan yang agak sejuk tapi nyaman. Ceruk tak ceruk le... signal handphone pun tak wujud. Nampaknya rancangan perjalanan kami harus diubah-suai...


3 ulasan:

Mohd ikhwan berkata...

salam,saya Mohd Ikhwan,seorang pembantu Maahad Tahfz Seberang Perak.Kg,Gajah.saya rasa pemikiran serta minat kita ada banyak persamaan..di atas dasar tersebut,kiranya tuan sudi,sya ingin bersahabat dn bertukar-tukar fikran dn pengalaman dgn Tuan..jika tuan singgah lagi ke Kg,Gajah silalah hubungi saya..0174322885

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Insyaallah kalau saya ke sana lagi kita boleh berjumpa. Kalau saudara ada Facebook sila add saya. Badge saya ada di pertengahan sidebar kanan blog ini...

Mohd Ikhwan berkata...

Alhamdulillah,terima kasih,saya sungguh berbesar hati diatas respon tuan pada saya.maaf tuan,saya tidak memiliki akaun Facebook dan besar kemungkinan saya tidak akan buka akaun Facebook.walaubagaimana pun sila simpan no saya dan insyaAllah saya tak akan tukar no.Semoga Allah menemukan kita kelak..