Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Februari 04, 2012

Kota-kota Bugis di Kuala Linggi dan Lukut

Keluar lagi daripada penceritaan perjalanan Medan-Banda Aceh 2-13 November 2011 dan perjalanan selatan 10-18 Disember yang turut membawa ke Pulau Bentan, Riau. Kita pergi ke satu perjalanan kecil yang dibuat dalam masa lebih dekat.




Dua minggu lalu selepas puas bercuti Tahun Baru Cina di kampung saya di Muar, kami anak beranak mengambil jalan tepian pantai Melaka naik ke utara lalu masuk ke tempat yang dipanggil Fort Supai di Kuala Linggi.



Kami sudah beberapa kali sampai ke sini. Yang menarik kali ini tidak ada lagi pintu pagar besi yang menghalang kereta daripada masuk ke kawasan.


Kereta boleh dibawa hingga ke tepian kuala sungai...


Inilah kuala Sungai Linggi, jalan masuk utama ke Negeri Sembilan dahulukala.




Adapun Fort Supai itu merujuk pada kota di Bukit Supai.


Ia juga dikenali sebagai Kota Kuala Linggi.



Nama Fort Supai timbul daripada perkataan Inggeris "Fort" yang bermakna kota sedangkan Supai merujuk kepada askar-askar sepoy dari India yang pernah dibawa masuk oleh Belanda.




Maklumat menyebut kota ini dibina sebagai tanda perdamaian orang Bugis dengan Belanda. Orang Bugis pernah menguasai Linggi dan kawasan ini merupakan salah satu kubu kuat mereka. Sebelum lima anak raja Bugis yang terkenal sebagai Lima Daeng Bersaudara - Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi terlibat dengan kekuasaan dan politik Empayar Johor-Riau-Lingga mereka pernah berpusat di sini. Sejarah Linggi menyebut kehadiran mereka pernah menyebabkan Johor merasa terancam lalu cuba menyerang beberapa kali tetapi gagal.




Apabila Lima Daeng Bersaudara menolong keluarga bendahara yang menaiki takhta empayar mengalahkan Raja Kecil, satu jawatan dipanggil Yang Dipertuan Muda Riau diberi sebagai pegangan mereka turun temurun. Walaupun berpusat di Riau mereka sering berulang-alik ke Linggi. Menurut ceritanya Daeng Kemboja pernah menetap lama di Linggi apabila kedudukannya sebagai Yang Dipertuan Muda Riau ke-3 serta kekuasaan Bugis terhadap Empayar Johor-Riau-Lingga menyebabkan orang dengki. Kemudian penggantinya yang menjadi Yang Dipertuan Muda Riau ke-4, tokoh besar pemimpin dan pahlawan Bugis, Raja Haji ibni Daeng Chelak gugur ketika menyerang Belanda di Melaka 1784. Keadaan inilah yang menyebabkan beberapa kedudukan Bugis menjadi korban.



Sebetulnya saya tidak berapa tahu sejarah Linggi. Tapi kalau tak salah kota di Kuala Linggi ini diserahkan kepada Belanda setelah kekalahan Raja Haji. Beberapa tahun lepas saya diberitahu di sudut utara kota terdapat sebuah makam lama. Saya tidak tahu ia milik siapa. Diharap ada pembaca dapat memberitahu atau memberikan petunjuk.



Oh. Kota Kuala Linggi @ Kota Bukit Supai terletak di dalam negeri Melaka. Sungai Linggi merupakan sempadan semulajadi antara Melaka dan Negeri Sembilan. Seterusnya kami menyeberang sungai menghala ke Port Dickson sebelum membelok ke Lukut di mana terdapat sebuah lagi kota orang Bugis.



Saya pernah sampai 2 atau 3 kali sebelum ini. Tetapi inilah kali pertama saya mencuba jalan belakang untuk naik terus ke puncak bukit dan masuk ke kawasan kota!




Kami sampai sekitar 6.30 petang. Saya membawa kereta ke atas untuk memudahkan isteri yang hampir 9 bulan mengandungkan anak.


Kalau dari hadapan kami perlu menaiki tangga agak jauh juga.



OK. Kota Lukut dibuka oleh seorang bangsawan Bugis daripada Riau yang bernama Raja Jumaat ibni Raja Jaafar.



Ayahandanya Raja Jaafar adalah anakanda kepada Yang Dipertuan Muda Riau ke-5 iaitu Raja Ali ibni Daeng Kemboja. Nah. Kan dah ada hubungan dengan kota di Kuala Linggi? Kerana Raja Jumaat yang membuka Kota Lukut adalah cicit kepada Daeng Kemboja yang pernah bersemayam di Linggi.



Namun kami naik ke atas dua minggu lepas kerana saya mahu mencari makam seorang kerabat diraja Bugis yang lebih awal.



Beliau adalah Raja Busu Hassan ibni Raja Nala ibni Sultan Salehuddin (Sultan pertama Selangor) ibni Daeng Chelak, orang yang katanya membuka perusahaan perlombongan bijih timah di Lukut.



Adapun Sultan Salehuddin dan Raja Haji (yang mangkat di Melaka) adalah adik beradik. Ayahanda Raja Busu Hassan iaitu Raja Nala pula adinda kepada Sultan kedua Selangor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Salehuddin. Raja Ali yang menggantikan Raja Haji sebagai Yang Dipertuan Muda Riau adalah adik ipar Sultan Ibrahim sedangkan Raja Jumaat yang membuka Kota Lukut adalah cucu kepada Raja Ali. Maka Raja Jumaat berpangkat anak saudara kepada Raja Busu. Nak tengok lagi gambar-gambar sekitar kota lihat artikel Kota (Fort of) Lukut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Oh. Sebenarnya baru sebentar tadi saya tahu Kota Lukut dibuka oleh Raja Jumaat. Selama ini saya beranggapan ia dibuka oleh Raja Busu Hassan. Cerita menyebut Raja Busu yang menguasai perusahaan perlombongan telah mengenakan cukai begitu tinggi sehingga menyebabkan orang-orang Cina yang menjadi pelombong marah. Akibatnya Raja Busu dan keluarganya dibunuh, kediaman mereka dibakar. Saya menyangkakan ia berlaku di atas bukit. Maka fikir saya makam Raja Busu pun harus di atas juga.

Apapun saya tidak tahu dan tidak dapat memastikan di manakah makam Raja Busu. Namun tak mustahil beliau pernah duduk di atas bukit... cuma semasa itu belum didirikan kota. Difahamkan Raja Jumaat mendirikan kota kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Seterusnya kami turun ke pekan kecil Lukut untuk menziarahi makam diraja.



Kelihatan dalan gambar makam Raja Jumaat. Lihat Makam diraja (Royal tombs of) Lukut. Di luar tembok pula kelihatan sebuah makam lain yang agak terserlah. Timbul juga teka-teki. Apakah ini makam Raja Busu yang dicari? Lihat Sebuah makam terserlah di Lukut (An outstanding tomb in Lukut).



17 ulasan:

BELIA WAJA WATAN berkata...

Salam .. dan Tahniah, nampaknya perlu kepada pengupasan yang lebih panjang mengenai sejarah Linggi melibatkan Daeng Kemboja ini ... kerana ia ada kaitan penting terhadap campur tangan Sultan Mansur Terengganu mengakibatkan Perang Terengganu Belanda dan Linggi ...

Persoalan siapa sebenarnya yang mengakibatkan perang saudara ini berlaku, seperti catatan dengki Sultan Mansur (Tun Dalam) mengakibatkan perlanggaran ini atas nama Sultan Sulaiman badrul Alam Shah, yang baginda sendiri tidak ketahui ... sehingga baginda terpaksa bayar pampasan besar kepada Belanda di Melaka, selain itu angkatan Belanda dari Betawi siapakan Askar mereka yang membantu Belanda di Melaka itu ...

Jika ada lagi info bolehlah di kongsikan dan dikhususkan tentang sejarah ini, kerana bagi kami PB2W punca kerosakan Bangsa Melayu sehingga ke generasi hari ini ada berpunca dari sejarah ini ...

Tereima Kasih dan tahniah sekali lagi ...

ambe bertanye... berkata...

Marhum Janggut (Daeng Kemboja)... Marhum Janggut (Sultan Mansor Syah Terengganu)...

http://nagarinansembilan.blogspot.com/2011/12/kertas-kerja-konvensen-antarabangsa.html

ambe menulis berkata...

Di penghujung tahun 1776, Marhum Janggut (Daeng Kemboja) telah datang ke Kuala Linggi untuk berjumpa dengan Penghulu Rembau, Dato’ Lela Maharaja Lulinsuh dan Dato’ Awaluddin dengan tujuan untuk membawa pulang Dato’ Awaluddin, Dato’ Serilah dan Lebai Kunut pulang ke Riau. Tujuan membawa pulang Dato’ Awaluddin dipercayai adalah untuk membantu Riau berperang dengan Belanda dan juga ingin memastikan peralihan kuasa jawatan Yang Dipertuan Muda Riau seterusnya berlaku dengan baik. Permintaan Marhum Janggut ditolak dengan baik oleh Penghulu Rembau dengan menyatakan :-

“Tidak menjadi keberatan bagi pihak kami sekiranya Paduka Tuanku ingin membawa pulang Awaluddin ke Riau. Kami amat berbesar hati sekiranya Paduka Tuanku dapat mengizinkannya tinggal bersama-sama kami di Rembau. Telah kami anggapnya sebagai anak dan guru kami di Rembau. Kami serahkan kepada Awaluddin membuat keputusan.”

Apabila mendengar kata-kata Penghulu Rembau, Marhum Janggut menyerahkan keputusan untuk pulang ke Riau kepada Dato’ Awaluddin. Permohonan ini telah ditolak oleh Dato’ Awaluddin dan beliau memohon agar tinggal di Rembau sebagaimana yang dijanjikan ketika mereka keluar dari Riau. Mendengar jawapan ini, Marhum Janggut menyatakan bahawa :-

“Kalau begitu kehendak saudara kami, kami izinkan saudara kami tinggal bersama-sama Paduka Dato’. Jagalah ia sebagaimana Paduka Dato’ menjaga keluarga Paduka Dato’. Jangan dihina, dicaci dan jagalah maruah mereka seumpama maruah Paduka Dato’. Berikanlah mereka kedudukan yang sesuai dengan taraf keluarga kami kerana saudara kami adalah darah daging kami.”

Ini diperkukuhkan lagi dengan kata-kata Daeng Kemboja kepada Penghulu Rembau :-

“Jika Orang Kaya berkehendakkan Awaluddin ini tinggal bersama-sama Orang Kaya di Rembau, benarkan dia memakai aturan dan adat sendiri tidaklah boleh ia memakai Adat Tok Patih”.

Radzi Sapiee berkata...

Terima kasih atas maklumat. :]

Ummi-Izah berkata...

as'kum tuan...saya link kan posting tuan ke entry saya ...tq

fieznur berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
fieznur berkata...

Salam Tuan Merah Silu,

Saya share kan blog post tuan di laman facebook saya untuk tatapan sanak keluarga dan kawan-kawan. Saya berasal dari kampung berhampiran Kuala Linggi...mungkin juga di sekitar kawasan Kota Bukit Supai ada sejarah yang kami sendiri tidak tahu. Terima kasih atas sedikit sebanyak maklumat dan informasi.

Wassalam

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Silakan...

Unknown berkata...

Salam. Saya ada dengar cerita mengenai penduduk yang lari dari perang linggi telah membuka pekan labu. Samada lari atau dihalau saya tidak pasti. Moyang saya pernah memberi tahu ibu saya tentang perkara ini. Salam.

Unknown berkata...

Makam raja busu d kg chang

Zainizam berkata...

Batu nesan pd satu makam lama di atas bukit supai (dutch fort) kg kuala linggi tu tertulis nama Pateh Akil b. Lebai Musa, meninggal 1802. Ada sesiapa boleh dptkan asal usulnya sama ada dr Riau atau Bugis. Pastinya ulama juga krn ayahnya Lebai Musa. Adakah beliau Daeng....
Satu lagi makam yg ada bumbung di bawah bukit sebelah menghala ke Surau Nur yg ada atap khabarnya makam seorang habib iaitu adik/abang kpd Habib Noh Singapura. Al Fatihah kpd mereka.

Zainizam berkata...

Pembetulan nama pd makam lama ialah Pateh Akel B. Lebai Musa

iSkandar berkata...

raja melayu kenakan cukai kerana melombong hasil tanah melayu akhirnye kene bunuh dgn bangsa pendatang yg bertaraf kuli. xde perang dgn bangsa kuli tu ke lepas tu? harap kita melayu ni sedar sapa kita dan ape peranan kita. xyah sembang Islam x ajar itu ini, kalo ko dh diperangi, kita kene diam aje ke? derang ni busuk serupa yahudi

Unknown berkata...

Daeng opu muna @ tok supai..

Jumaat berkata...

Tak silap lepas Raja Busu kena bunuh tu,orang Melayu balas balik,lari orang Cina sampai Melaka...tu yang timbul nama Lubok Cina tu.

Unknown berkata...

Satu catatan yang kemas dan baik. Sayang sekali tiada rujukan.

Tanpa Nama berkata...

sedih juga terkenangkan pembesar2 yang bawa pendatang cina dan bekerjasama dengan penjajah british.Mereka lah punca segala kerosakan di bumi Melayu demi harta dan pangkat di dunia