Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Mei 04, 2011

Kaitan Daeng Parani dengan keluarga sebelah ibu


Assalamualaikum semua. Sebenarnya saya masih malas hendak menulis kerana kepenatan. Perjalanan hujung minggu baru ini yang memakan jarak 1,300 km, dari Bandar Tasik Puteri ke Muar terus ke Singapura pusing-pusing pelbagai tempat sebelum ke Skudai, turun balik ke Masai, naik balik ke Skudai kemudian ke Muar, naik ke Bukit Kepong, Segamat, Jelai, Bahau, Jalan Penarikan, Kuala Pilah, sempat bermalam di makam Tuan Tulis sebelum kembali ke rumah semalam masih terasa. Penat ini ditambah apabila kemudian saya mengatur data keluarga yang baru diperolehi dari saudara-mara di Singapura. Namun untuk menolong saudara-mara belah Pontian yang baru dikenali 2-3 hari ini saya harus membuat posting ini.

Di atas adalah sekeping salasilah ringkas yang menunjukkan keluarga ibu saya berasal dari keturunan Daeng Parani, saudara sulung 5 Daeng Bersaudara (Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Chelak dan Daeng Kemasik). Ibu saya bernama Rahimah @ Ramlah dan ayahnya Ismail adalah anak kepada Hussin bin Daeng Betak. Nama Betak ini baru saya dengar 2 tahun lalu. Selepas itu baru dapat tahu beliau adalah pembuka Parit Betak di Pontian.

Penghujung tahun lepas kalau tak salah ingatan baru saya dapat tahu ayahanda kepada Daeng Betak bernama Daeng Makuaseng, juga dikenali sebagai La Makuaseng. Lihat sedikit penerangan dan cerita berkaitan pada artikel-artikel lama Episod kemaruk Bugis - pembukaan terbaru dari Kuala Selangor dan Tolong pecah misteri masjid-masjid Muar ini.... Lama juga saya mencari apakah nasab ke atas Daeng Makuaseng. Hujung minggu lepas baru saya dapat tahu beliau adalah keturunan Daeng Parani.

OK. Selama ini alamat atau petunjuk yang saya dapat adalah datuk saya Ismail itu berketurunan Raja Haji ibni Daeng Chelak dari seorang anak baginda yang dikenali sebagai Raja Ahmad. Mungkin darah Daeng Chelak ini wujud dari sebelah perempuan? Wallahualam. Apapun salasilah yang tertera di atas, diperolehi dari seorang saudara yang baru dikenali berasal dari Parit Betak tetapi kini menetap di pinggir Johor Bahru. Salasilah itu meletakkan nasab datuk saya itu sebagai Ismail bin Hussin bin Daeng Betak ibni Daeng Makuaseng ibni Daeng Parani.

Pada pandangan pertama dan melalui sedikit pengetahuan sejarah yang saya ada ini kelihatan agak mustahil kerana berdasarkan anggaran perkiraan tahun ada jarak lebih 100 tahun antara kewujudan Daeng Makuaseng dengan Daeng Parani. Mengikut perkiraan ringkas saya berdasarkan tahun lahir datuk saya Ismail iaitu 1917, ayahnya Hussin mungkin lahir 1890. Ismail adalah anak ke-4 atau ke-5 kalau tak salah dan anggaran dibuat atas anggapan Hussin mula berumahtangga dan mendapat anak paling awal pun pada umur 20 tahun. Menggunakan faktor anggaran yang sama, Daeng Betak mungkin lahir sekitar 1860 dan bapanya Daeng Makuaseng sekitar 1830. Tetapi Daeng Parani yang disebut sebagai bapa Makuaseng dalam salasilah pula diketahui dalam sejarah bergiat aktif dalam sosio-politik kerajaan-kerajaan di sekitar Semenanjung Tanah Melayu tahun 1720an. Kan sudah ada jarak lebih 100 tahun antara kewujudan mereka berdua?

Dari segi tahun kelihatan mustahil Daeng Makuaseng adalah anakanda Daeng Parani. Logiknya jarak 100 tahun memerlukan 2-3 lagi nama, moyang, datuk, bapa untuk menyambungkan keturunan... kecualilah Daeng Parani hidup sehingga umurnya melepasi 100 tahun kemudian berkahwin lagi seorang wanita muda yang memberikan seorang anak baru pada usia begitu lanjut. Ini kelihatan lebih mustahil lagi apabila sejarah rasmi menyebut Daeng Parani mangkat di Kedah 1724 akibat dibedil meriam ketika berperang dengan pasukan Raja Kechil dari Siak. Namun ada pihak menyebut baginda tidak mangkat sebaliknya mengundurkan diri dari kancah politik dan peperangan secara senyap, mungkin kerana hendak mendekatkan diri kepada Allah.

Sekarang cuba kita fikirkan kemungkinan Daeng Makuaseng memang anakanda kepada Daeng Parani dengan cuba mengatur kembali tempoh hidup mereka dan keturunan. Maaf ya jika penerangan ini kelihatan terlalu berterus terang. Adapun tidak mustahil seorang lelaki mampu mendapatkan anak setelah berumur lebih 100 tahun, yang mustahil adalah perempuan mendapatkan anak pada umur begitu kerana masuk pertengahan 40an badan mereka secara biologinya tidak akan mengeluarkan telur lagi untuk disenyawakan sedangkan lelaki masih mampu menghasil air mani dan boleh menyebabkan perempuan muda mengandung selagi ada kekuatan untuk bersenggama.

OK. Adapun orang yang memberi saya salasilah di atas itu namanya Mansor bin Abdul Malik bin Daeng Perani. Oh, jangan tersilap anggap saya telah berjumpa dengan cucu Daeng Parani ya. Datuknya itu cuma mengulangi balik nama tersebut. Biar disebut dengan penuh, menurut salasilah yang diberi, orang ini namanya Mansor bin Abdul Malik @ Daeng Lupek bin Daeng Parani @ Daeng Berani ibni Daeng Peritan ibni Daeng Parani (yang hidup 1720an Masihi). Mansor ini umurnya 40an, cuma beberapa tahun sahaja lebih tua berbanding saya yang sudah memasuki umur 41 tahun ini. Namun oleh kerana ibunya Chik adalah anak Daeng Betak beliau berpangkat datuk saudara kepada saya.

Ini tidak menghairankan kerana Daeng Betak memiliki 6 atau 7 orang isteri, tentunya paling banyak pun 4 sekaligus menurut hukum Islam. Menurut seorang kakak kepada Mansor (saya temui keluarga mereka di Masai hari Ahad) 6-7 isteri itu pun setakat yang mereka ketahui... entah-entah ada lagi. Sedangkan dengan seorang isteri pun kadangkala seorang lelaki boleh mendapat anak-anak yang umurnya berbeza lebih 20 tahun (misalnya isteri saya sendiri yang memiliki 13 orang adik-beradik, abang sulungnya berumur 57 tahun, isteri saya 36 tahun adik bongsu mereka 29 tahun, sudah ada beberapa orang cucu saudara) inikan lagi kalau laki-laki itu memiliki ramai isteri. Tak mustahil seorang lelaki zaman dahulu berkahwin kali pertama ketika berumur 20 tahun lalu mendapat anak, masuk umur 100 tahun dia berkahwin lagi dengan isteri yang entah ke berapa untuk menambahkan jumlah zuriat. Maka perbezaan umur antara anak pertama dengan anak terakhir boleh mencapai 80 tahun malah lebih!

Mengikut anggaran saya seperti ditulis di atas, datuk kepada datuk saya sebelah ibu iaitu Daeng Betak lahir sekitar 1860. Anggaran dibuat berdasarkan cucunya iaitu datuk saya Ismail yang merupakan anak ke 4 atau 5 kepada Hussin bin Betak diketahui lahir 1917 dan Daeng Betak pula disebut pengkaji sejarah sebagai membuka Parit Betak di Pontian 1910. Difahamkan anak-anak Daeng Betak yang diketahui lahir selepas beliau membuka Parit Betak berumur paling tua pun lebih sedikit dari 80 tahun sedangkan datuk saya Ismail yang merupakan cucu beliau pun harus berumur 94 tahun kalau masih hidup. Menurut ceritanya Daeng Betak meninggal dunia dan dimakamkan di Riau tidak lama setelah melepaskan diri daripada tahanan komunis. Difahamkan ini berlaku tahun 1940an.

Diceritakan lagi, Daeng Betak sudah tua dan begitu uzur ketika ditahan komunis. Jadi kalau betul beliau lahir 1860 maka umurnya ketika itu adalah 80an. Umur ketika membuka Parit Betak pula adalah 50. Adalah tidak menghairankan jika sesiapa pun mampu membuka satu kawasan pada umur sebegitu kerana lelaki zaman sekarang pun masih cukup gagah pada umur 50 apalagi orang dahulukala seperti Daeng Betak yang banyak ilmu, berdarah pahlawan lagi bangsawan.

Tadi di atas sudah disebut anggaran awal bahawa bapa kepada Daeng Betak iaitu Daeng Makuaseng lahir 1830. Ada disebut sesetengah pihak bahawa beliau membuka Parit Makuaseng pada tahun 1910 juga... ke 1912 gitu? Maka jika ini benar, parit itu dibuka ketika beliau berumur sekitar 80 tahun. Namun ada juga kemungkinan tarikh 1910 atau 1912 itu silap dan Parit Makuaseng sebenarnya dibuka lebih awal. Tak mustahil Daeng Makuaseng juga telah lahir lebih awal... katakan tahun 1800an dan beliau mendapat anak yang diberi nama Daeng Betak ketika berumur 60 tahun, satu perkara yang jauh sekali dari mustahil.

Adapun Daeng Parani dianggarkan sudah berumur 20an hingga awal 30an ketika aktif dalam dunia sosio-politik di rantau ini. Sudah disebut awal tadi sejarah rasmi menyebut beliau mangkat di Kedah 1724. Tetapi ada pihak percaya beliau sebenarnya masih hidup tetapi mahu mengundurkan diri dari kancah peperangan dan politik lalu merahsiakan keadaan sebenar. Maka tak mustahil tahun 1800an baginda ada berkahwin lagi dan mendapat anak yang diberi nama Daeng Makuaseng.

Kalau Daeng Parani betul-betul mangkat 1724 pula Daeng Makuseng masih boleh diakui berdarah dari baginda. Difahamkan salasilah anaknya Daeng Betak yang bersambung dengan Daeng Parani telah disahkan Istana Johor (kerabat Johor juga berketurunan Daeng Parani melalui anaknya Raja Maimunah atau Tengku Tengah yang berkahwin dengan Temenggung Abdul Jamal). Cuma ada lagi 2-3 nama yang perlu disambung antara Daeng Parani dengan Daeng Makuaseng.

Oh. Artikel ini sebenarnya dibuat untuk memenuhi permintaan saudara Mansor, saya rasa biar saya panggil Cik Mansor kerana dari segi salasilah beliau berpangkat datuk saudara tetapi dari segi umur boleh dikira sebaya. Cik Mansor ada menghantar SMS pagi tadi meminta saya menghantar melalui MMS gambar makam Daeng Parani yang pernah saya tunjukkan kepadanya tempoh hari. Masalahnya saya cuma memakai telefon bimbit ringkas tanpa kemudahan MMS. Nak menjawab SMSnya pula, air time saya sudah habis... perlu topup sedangkan saya malas nak keluar rumah kerana terasa begitu penat.

Tadi saya terfikir hendak menyuruhnya masuk ke blogspot ini dan membuat keyword search "Daeng Parani" pada kotak atas kiri blogspot. Fikir saya dengan cara itu dapatlah ditemui artikel-artikel lama saya tentang Daeng Parani yang ada gambar. Tetapi bila saya mencubanya sendiri yang keluar cuma artikel "Susah-payang mencari Merong" yang merupakan kompilasi artikel siri "Mencari jejak Merong". Maka itu saya rasa harus dibuat satu artikel baru supaya senang dicari, disertakan sekali links yang perlu... mana tahu boleh terkeluar cerita panjang lebar sebegini?

Apapun untuk Cik Mansor dan para pembaca sekalian, di bawah adalah links berkenaan Daeng Parani dari mana-mana blogspots saya. Disertakan juga beberapa links berkaitan Bugis untuk pembacaan yang lebih menyeluruh.



Kamera short-curcuit di Makam Daeng Parani dan 2 insan bernama Badrul...


Makam (tomb of) Daeng Parani


Jalan-jalan Kedah: Apa ada sekitar Sungai Petani...


Tomb of Daeng Parani revisited


Kaitan para Daeng anak-anak Raja Bugis dengan Aceh, bumi Serambi Mekah...


Maka terbukti kaitan Daeng-Daeng di Perak dengan Daeng lima bersaudara...


Bugis bersamaan Balqis?


Nota: Tahun lahir datuk sebelah ibu saya, Ismail yang disebut 1917 di atas adalah berdasarkan apa yang tertulis pada kad pengenalan. Namun ada yang percaya beliau sebenarnya lahir lebih awal iaitu sekitar 1915. Ketika pertama kali disapa seorang keturunan Daeng Betak di Pontian melalui Facebook kira-kira setengah tahun lalu, beliau ada menyebut bapanya adalah anak sulung Daeng Betak dan umurnya sekitar 70 tahun sahaja. Ke saya salah dengar dan tak berapa ingat? Mungkin juga yang disebut adalah bapanya merupakan cucu paling sulung Daeng Betak di Parit Betak. Apapun, kalau tak salah anak-anak Daeng Betak kini semuanya sudah kembali ke rahmatullah. Pada anggaran saya mereka harus berumur 70 hingga 80 ke atas jika masih hidup.








43 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cuma ada makam daeng parani aje ke...makam daeng2 yang lain kat mana?

Tanpa Nama berkata...

salam bro...

ada kajian dijalankan di sg ujong mengaitkan waris Klana Petra sg ujong dengan daeng chelak iaitu salah seorang dari daeng 5 bersaudara tersebut. tetapi di sini beliau digelar dgn gelaran dato' penghulu chantek, dato' penghulu menteri sg ujong. anakanda beliau yang meneruskan waris sehingga skrg dan memakai gelaran Klana Petra. andai benar kajian ini, bermakna daeng 5 bersaudara ini telah menjalinkan dgn hampir separuh dari kerabat diraja di semenanjung. (mohon copy salasilah daeng bersaudara utk rujukan saya)

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Makam Daeng2 yang lain ada di Pulau Penyengat, Riau dekat dengan Pulan Bentan dan Batam. Saya tak tahu bab Klana Petra Sungai Ujong tapi tak mustahil memandangkan gelaran Klana Petra itu pernah dipakai Raja Haji ibni Daeng Chelak kalau tak salah ingatan. Daeng Kemboja ibni Daeng Parani pula pernah berpusat di Linggi sebelum berpindah ke Riau. Datuk Awaluddin dan Datuk Serilah yang kemudian meneroka Linggi lebih ke pendalaman adalah anak-anak Daeng Chelak yang membawa diri dan tidak mahu dikaitkan lagi sebagai kerabat diraja kerana tersinggung atas satu peristiwa. Rembau pernah didatangi Raja Ali ibni Raja Aman (Abdul Rahman) yang menjadi Yamtuan Besar Rembau dan Tampin. Ayahanda baginda Raja Aman sebenarnya memiliki nama Bugis Daeng Alampaki. Ada yang kata Daeng Alampaki ni anak Raja Muda Nala (Selangor), ada yang kata anak Sultan Ibrahim Selangor, kekanda Raja Nala. Yang pasti Daeng Alampaki adalah cucunda Sultan Salehuddin @ Raja Lumu ibni Daeng Chelak, maka memang orang Bugis ni dah pergi ke merata tempat. Permohonan saudara untuk copy salasilah demi rujukan dibenarkan. Asal jangan salah guna untuk membuat pengakuan itu ini sudah... :]

Master berkata...

Salam Radzi,

Terima kasih atas nukilan yg diberikan. Adapun susur galur di atas adalah satu jalur sahaja dr bhgian ibu saya. Semua susur galur sy ke atas brkahwin sepupu dan brcantum di Daeng Perani.

Apepun, dapat juga mengenal saudara yg sudah lama x dpt dikesan yg brcantum dgn belah ibu Radzi. Untuk makluman, anak Daeng Betak masih ade 2 orang yg hidup, kedua2nya di Muar dan uzur.tq

Master berkata...

Adepun kubur Daeng Perani walaupun digazetkan brada di Kedah, namun keluarga di sebelh sini percaya kubur tersebut merupakan kubur kosong atau sbagai tanda dimana beliau gugur di medan perang, kubur sebenar mengikut cerita turun temurun di sini berada di Pulau Tujuh, Indonesia, wallahualam.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam Zairil. Terima kasih kerana mengatur pertemuan itu. Ia hampir2 tak jadi bila keluarga Zairil mengatakan mereka sedang berada di Masai, bukan di Parit Betak. Ini kerana saya sudah merancang perjalanan, selepas majlis perkahwinan di Skudai mahu ke Parit Betak kemudian dari situ masuk ke Air Hitam terus ke Segamat untuk ke rumah kakak ipar di Jelai, Negeri Sembilan sebelum ke Bahau, Kuala Pilah seterusnya ke Kajang dan balik ke rumah. Pendek kata perjalanan kami masih jauh lagi.

Namun saya bersyukur akhirnya digerakkan Allah untuk ke Masai walaupun ia sebenarnya perjalanan patah balik ke arah JB kira2 40 km atau lebih. Tak sangka saya salasilah keluarga akan mengarah ke Daeng Parani, kenapa tiada siapa menyebutnya terus sebelum ini? Tetapi saya seakan2 ingat2 lupa seorang saudara yang berkerja dengan saudara lain iaitu YB Samad Ariffin ada menyebut kami dari Daeng Parani. Rasanya mungkin juga. Orang seperti Samad yang kami panggil Abang Jamal pernah menjadi setiausaha politik MB, ADUN dan Exco negeri Johor, tentu tidak susah untuk dia mendapatkan orang untuk menyiasat asal-usul keturunan kami. Cuma samada dia mahu menyatakannya ataupun tidak.

Bab kubur di Pulau Tujuh itu sudah disebut oleh Cik Mansor. Di manakah sebenarnya Pulau Tujuh itu? Di bahagian mana Riau?

Tanpa Nama berkata...

salam bro...
terima kasih....saya x leh claim aper2 sbb mak saya jawa dan ayah saya org rawa...hehehehe...ader skit pembetulan sedikit bukan daeng chelak tapi daeng kemboja....kajian ini pun masih kabur kerana byk sumber dr lisan...

arzies79 berkata...

salam Radzi,

untuk pembetulan, anak Daing Betak yang masih ada sekarang ini ialah Jaimah, Kadir dan Delimah.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Terimakasih Arzies. Berapakah umur mereka sekarang dan di manakah mereka berada?

Master berkata...

mereka masih hidup dan tinggal di Muar..ada masa mungkin boleh melawat mereka

arzies79 berkata...

Jaimah (umur 80+) - Kg Baru, Senggarang Batu Pahat, Johor

Delimah (umur 70+)- Pt Sidek, Semerah, Batu Pahat, Johor

Kadir@ Derek (umur 80+) - Sungai Gerisek, Muar, Johor

Jika Radzi berkesempatan untuk melawat mereka, bila2 masa sahaja... oh ye... keturunan Daing Betak juga ramai di Kg Pt Betak. untuk mengetahui lebih lanjut jika berkesempatan boleh berjumpa dengan Jahis bin Othman anak kepada Allahyarhamah Semek bt Daing Betak yg juga merupakan Naib Ketua Umno Bahagian Pontian atau Selamat bin Ambok Tang bin Daing Betak...

Radzi Sapiee berkata...

Terima kasih atas maklumat. Daripada umur yang diberi maka nyata semua mereka merupakan anak2 Daeng Betak yang lahir selepas beliau membuka Parit Betak tahun 1910. Nampaknya sudah lama keluarga yang terbit dari sana terputus hubungan atau mungkin asalnya tak tahu langsung tentang kewujudan anak-anak Daeng Betak yang lebih tua mungkin dari seorang isteri lama seperti moyang saya Hussin yang saya anggarkan harus lahir sekitar 1890 kerana anaknya yang ke 4 atau ke 5, datuk saya Ismail pun lahir 1917 kalau ikut kad pengenalan, 1915 kalau ikut anggaran ibu saya.

Saya cuma diberitahu Hussin ada seorang abang yang bernama Hassan. Namun ada ahli keluarga menyebut baik nama Hassan mahupun Hussin bukanlah nama dari lahir sebaliknya nama yang dipakai selepas mereka kembali daripada menunaikan ibadah haji. Apapun insyaallah kalau diberi kesempatan dan ada keluangan masa saya akan berhubung dengan nama2 yang saudara beri... :]

HizamyHamid berkata...

"ada kajian dijalankan di sg ujong mengaitkan waris Klana Petra sg ujong dengan daeng chelak iaitu salah seorang dari daeng 5 bersaudara tersebut. tetapi di sini beliau digelar dgn gelaran dato' penghulu chantek, dato' penghulu menteri sg ujong. anakanda beliau yang meneruskan waris sehingga skrg dan memakai gelaran Klana Petra".

tp mengikut salasilah keturunan Sg.Ujong, Tok Chantek adalah anak kpd Tok Selat, berdatukkan Tok Musang bernendakan anak Batin Ulu Penar. Beliau merupakan Penghulu Sg.Ujong ke-6 (abg beliau Tok Kadim & Tok Pandak adalah Penghulu ke-4 & ke-5). Gelaran Kelana Petra dianugerahkan oleh Sultan Johor kepada anak Tok Chantek iaitu Tok Bador sempena kecerdikan akal beliau. Wallahualam :)

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM..wahai saudaraku sekalian..terima kasih kerana berganding bahu dalam mencari dan menulis sejarah salasilah daeng perani..untuk pengetahuan saudaraku semua..anak daeng betak yg tinggal hanya dua org sekarang..iaitu kadir@dirak b.betak dan dalimah bt betak..mereka adalah dua adik beradik kandung seibu dan sebapa.. hanya mereka saja lg yg tinggal..untuk pengetahuan kadir@dirak bin betak sekarang tinggal bersama saya (anakkny) di alamat NO 22 JLN 16/3B FASA 7, TAMAN CHERAS JAYA 42300 BALAKONG SELANGOR...no tel saya 019-3719266..keadaan ayah saya (kadir@ ambok dirak b. betak) kini semakin pulih dari serangan jantung tahun lalu..kini ayah saya berusia 78 tahun (1936)dan adikknya delimah berusia 70 tahun(1944) masih menetap di parit sidek batu pahat.

Unknown berkata...

Salam sejahtera,
sy generasi ke10 zuriat Daeng Perani melalui almarhum Raja Abdullah ibn Raja Jaafar ibn Raja Ali YTM Riau ke5 (Marhum Pulau Bayan) ibn Daeng Kemboja ibn Daeng Perani.Beliau (Raja Abdullah) adalah Orang Besar Klang yg telah membuka K.L juga adalah adinda kpd Raja Jumaat Orang Besar Lukut.
Saya ingin menegaskan bhw benih Daeng Perani hanyalah melalui satu2 anakanda lelaki beliau iaitu Daeng Kemboja (Marhum Janggut).
Ini adalah fakta sejarah kita dan hasil kajian pihak2 luar negeri juga mengesahkan zuriat benih D.Perani mestilah melalui keturunan anak2 D.Kemboja.
Kami para zuriat beliau benar2 sejak turun temurun menjaga nasab kami dan mengenali keturunan kami berdasarkan peraturan yg ketat yg dibuat agar kemurniannya terpelihara.
Seandainya ada yg mengaku cucu cicit D.Perani melalui sebelah perempuan,itu tak menjadi soal ttp nasab lelaki (direct male lineage) masih ada dijaga oleh Allah Maha Mewarisi...
Ada kemusykilan? Hubungi saya D.Sulong,Melaka 0126397120 utk berkenalan,insyaallah!

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam tuan. Terima kasih kerana sudi memberikan maklum balas. Apakah tuan juga memiliki salasilah anak cucu Daeng Parani melalui Raja Isa @ Nong Isa ibni Raja Ali (Marhum Bayan), orang yang membuka Pulau Batam dan katanya harus menjadi Yamtuan Riau ke-7 kalau tidak ditolak Belanda atas alasan melanun? Ini kerana saya merasakan ada kemungkinan Daeng Betak ibni La Makkuaseng di Pontian. Johor itu bersambung keturunan dengan Daeng Parani melalui Raja Isa...

Unknown berkata...

Salam kembali,tuan sendiri menyatakan bhw tuan ‘merasakan‘ Daeng Betak dari keturunan La Makuasseng bernasabkan jurai D.Perani,maka belum ada kepastian.Itu sebablah usaha2 mencari,mengumpulkan zuriat dan waris,mengkaji bahan2 sejarah spt maklumat lisan,artifak,tulisan dsbnya utk rujukan & pembuktian seterusnya mendokumentasikan nasab & salasilah serta menjaga dan memeliharanya adalah pekerjaan yg mulia bahkan secara peribadi sy menganggapnya suatu bentuk jihad yg disukai Allah swt krn manfaatnya sgt besar kpd diri sendiri dan org lain khususnya keluarga dan kerabat.Pd pendpt sy lebih afdal jika salah seorg drpd waris D.Betak ambil inisiatif melaksanakan usaha2 ini.Perlu diingat usaha2 ini perlukan kerjasama agensi2 yg berkepentingan warisan & sejarah sbg contoh Persatuan Sejarah M‘sia peringkat negeri Johor agar hasilnya dpt diyakini,diperakui,disahkan secara rasmi bukan sekadar tin kosong bunyinya bingit ttp isinya tiada.Maaf jika tersinggung hati krn berbicara ‘straight forward‘.Sy percaya dan yakin sekiranya kita benar dan ikhlas pasti Allah memberi petunjuk dan ilmu yg bernilai.Seperkara lg niat kita bukan utk bermegah2 dgn keturunan krn raja yg sejati sedar akn beban nama dan darah yg diwarisi iaitu tggjwb yg besar menjaga imej dan nama keluarga & keturunan,tunduk sbg hamba & khalifah Allah dimuka bumiNya,mengikut perintahNya dan menjauhi laranganNya serta berada disaf paling depan dlm fisabilillah dan membela org2 yg dizalimi.Ini semua mesti menjadi darah dan daging bg keturunan raja yg sejati wlupun tidak ditakdirkan menjadi raja pemerintah yg pasti lebih berat beban yg diletakkan di atas pundaknya.Masyaallah,amma baadu.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Silakan tuan. Tiada masalah bagi saya untuk tuan menggali malah menafikan nasab ini pun tiada masalah. Daeng Parani seorang yang hebat tapi saya tak perlu menumpang nama hebat beliau sehingga menjadi tin kosong yang bising itu. Nasab keluarga belah bapa saya bersambung pada orang2 yang lebih hebat daripada Opu Daeng 5 Bersaudara. Tak perlu saya bersandar pada cakap2 dan pengsahihan orang lain...

Unknown berkata...

Salam tuan, sy rasa tuan dah salah faham ttg maksud sy pasal tin kosong atau sy menafikan nasab sesiapa...maksud sy ialah cucu cicit D.Betak perlu ambil inisiatif mendokumentasikan salasilah keturunan mrk bg manfaat diri sendiri dan org lain.Pekerjaan ini mestilah atas dasar fakta dan secara ilmiah.Barulah cakap serupa bikin atau dgn bukti bukan mimpi.Sy setuju D.Perani hanya insan biasa ttp keturunan N.Mohamad pun manusia juga tak ada bezanya.Apa yg penting adalah apa yg kita lakukan skrg!Sekali lg sy mohon maaf ..sy dgn lapang dada mengakui kelemahan diri ini.Wassalam.

peng9917 berkata...

Assalammualaikum,

Saya nak tanya mengenai Daeng Othman bin Daeng Brani. Adakah dia mempunyai anak?

tq

Unknown berkata...

Pening, sebab saya pun ada dikatakan keturunan daeng parani/panglima hitam dari sebelah atuk iaitu, ayah kepada ibu saya, saya boleh tau tuh sebab ibu saya ada pantangan makanan, tak boleh makan rebun buluh betong. Ikan apa ntah nama ikan tuh, ada skali ibu saya makan pastu secara tiba-tiba kulitnya kluar macam miang buluh.. Pastu banyak lagilah kisah-kisah macam mesteri jugaklah yang takmasuk diakal tetapi realiti terjadi kat kami, arwah atuk saya tinggal di kelantan. Ada ibu saya crita, dia pun ada berdarah acheh tetapi daeng asal bugis . mohon penjelasan yea saudara-saudara

Unknown berkata...

Assalammualaikum...maaf sekadar bertanya kat blog nie.Atuk sy orang bugis nama dia sekarang nie abd ghani...tapi skrng dia dah kembali ke rahmatullah.klau nama sebenarnya sebelum perang jepun daeng perani.ayahnya masek...ayah sy ckp moyang sy nie dulu dia yg buka benut pontian.betulkah kebenaranya.pernahkah tuan dengar nama2 ini.sekadar bertanya.

Unknown berkata...

Assalammualaikum...maaf sekadar bertanya kat blog nie.Atuk sy orang bugis nama dia sekarang nie abd ghani...tapi skrng dia dah kembali ke rahmatullah.klau nama sebenarnya sebelum perang jepun daeng perani.ayahnya masek...ayah sy ckp moyang sy nie dulu dia yg buka benut pontian.betulkah kebenaranya.pernahkah tuan dengar nama2 ini.sekadar bertanya.

GlamRich berkata...

Assalamualaikum, saya sekadar ingin mencari lagi susur galur Ngah Mantek di Perak, keturunan dari Daeng Chelak...boleh lihat di FB Ngah Mantek susur galurnya dari Bilal Salleh - Daeng Ismail - Daeng Idris - Daeng Chelak ..beberapa sulur galur tidak dpt dicari waris2nya.. jika ada boleh disoreh2..perjumpaan keluarga kami diPerak dari 3 isteri2 Ngah Mantek baru terungkai pada 2011. Perjumpaan itu pun telah mencecah 3ribu lebih dikalangan family dari 3 isteri2nya.

Unknown berkata...

Wa'alaikumsalam sy ada hadir perjumpaan keluarga ngah mantek kat Perak tuh..

Unknown berkata...

Cukup jelas

Unknown berkata...

Cukup jelas

Unknown berkata...

saya ada join perjumpaan tu..

Unknown berkata...

Sya keturunan Daeng Betak jugak. Tpi tinggal di Benut

EMPAYAR DAENG ENTERPRISE berkata...

Anak beliau semuanya ada 8org(2 isteri,) yg tggal hnya 2 org drinya ibu Raja Nai ...yg lain dh meninggal.. Bru2 ni ad stu ank beliau yg neninggal iaitu Induk uperk (Alfatihah) sila hubungi sy jika ad pertanyaan

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum..daeng chelak ade brpe isteri,,boleh thu x,,isteri pertama sapa,,isteri kedua dn ketiga..sekadar ingin thu..nk kn kepastian yg sbnr..

Cah berkata...

saya juga berketurunan Daeng .

Cinta berkata...

Saya dikatakan berketurunan daeng perani.. menurut sahabat yang berhubung dengan alam sana, saya adalah keturunan daeng pilani/tilani/philani.. dan bila google, nama. Yang naik hanyalah ma daeng perani/parani.. menurut sahabat itu lagi, ya itulah dia..sedangkan sy tidak tahu sy ada leluhur bugis.. yg ada hanyalah minangkabau... Menurut ibu, arwah nenek enam binti hassan adalah kerurunan jepun dan johor.. dan daeng perani adalah pengasas kerajaan johor skrg.. mungkin sesiapa ada clue.. keluarga ibu semua di sarawak...wallahualam

Cinta berkata...

Nama ibunya ummu salamah

Cinta berkata...

Satu jalur kita nie

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan.. boleh hubungi saya tak di 0132965491...tq

Unknown berkata...

Anak2 Daeng Othaman:
1)Induk Dalleng
2)Daeng Perang@Tengku Ismail
Ayah kepada Tengku Amzah
3)Daeng Chening
4)Daeng Md Nor@Nurung
5)Induk Lebik
6)Induk Uperk
7)Daeng -
8)Induk Ajeeng
9)Induk Sifar

Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut

019-8264042(Daeng Ustman@Betak)

Unknown berkata...

Masa saya kecik2 dulu ada jugak dengar arwah tokwan ada cerita yg kami keturunan bugis dan siam,mungkin campur tok n tokwan kot,sy xpasti...bugis dr keturunan daeng perani....masa kecik2 dulu dgr cerita pun kita main2 je ..tu ingat2 lupa...😅...arwah tokwan kalau masih ada umurnya hampir 100tahun dh skrg...halim b.hj husin..tok masih ada...sekarang umur dah hampir 90tahun.dah uzur.

Unknown berkata...

Mungkinkah yang di Batu Pahat ini sebenarnya nama Daeng Berani,sedangkan yang mangkat di Kedah itu Daeng Perani.Saya keturunan ke 10 Daeng Chelak,tapi bernasab ibu (keturunan ke 9) Rosnah Bt Basok dan nenek (Fatimah bt Raja Abdul Rahman) (keturunan ke 8).Gelaran Raja tidak dibawa ke bawah kerana nasab perempuan.dua pupu saya semua diletak Raja dihadapan.Apapun salasilah ini menguatkan lagi jati diri kita dalam menjadi contoh terbaik dalam kalangan masyarakat zaman berzaman.kerana apa yang penting disisiNya hanyalah Taqwa dan keimanan.(Asraf Aizuddin bin Ahmad-0134195960)

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum... Sy asli sarawak... Tinggal d sarawak.. Simunjan, sadong jaya. Kog pendam.. Kuching.. Sarawak

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum...

Saye baru terjumpa artikel mengenai Daeng Perani dari Malaysia ini, perkenalkan saya asal Indonesia, tepatnya di Kepulauan Riau..
Kebetulan saye juga zuriat dari Daeng perani.
Nama saya Raja Fahrizal Firmansyah bin Raja Fadlun bin Raja Ali bin Raja Ahmad bin Raja Daud bin Raja Mahmud bin Raja Yakub bin Raja Isa bin Raja Ali Marhum Pulau Bayan YTM V ibn Darng Kemboja YTM III ibn Daeng Perani..

Salam kenal dari saya terkhusus bagi yang sezuriat dari Daeng Perani...

Tanpa Nama berkata...

5 bersaudara Opu Bugis anak dari Daeng Rilaga (Makam di Siantan, Anambas, Kep.Riau) :

1. Daeng Perani di Kedah, Malaysia.
2. Daeng Marewah di Hulu Riau, Sungai Carang, Kep.Riau, Indonesia.
3. Daeng Chelak di Hulu Riau, Sungai Carang, Kep.Riau, Indonesia.
4. Daeng Menambun di Pontianak, Kalimantan
5. DAENG kemasik di Sambas, Kalimantan

Tanpa Nama berkata...

Makam yg di Pulau Tujuh, tepatnya di Siantan, Anambas itu adalah makam ayahanda mereka Daeng Rilaga/Rileke, benar adanya yg di Kedah adalah makam Daeng Perani..

Salam kenal dari saye zuriat Daeng Perani dari Kep.Riau (keturunan ke-10) dari garis keturunan @Raja Isa ibn Raja Ali ibn Daeng Kemboja ibn Daeng Perani